Selamat Datang,Welcome,Ahlan Wahsallam

terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.



Tuesday, November 9, 2010

senarai barangan yang mempunyai lemak babi

for everyone
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA. PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
(no: 12 tu baca bebetul...wallahua'lam).
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
<span>              </span>-----------------------------------------------------------------------------------
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what you eat.

Sunday, November 7, 2010

perkara yang patut anda tahu??

Kekasih tolak hadiah Ferrari RM754,937





GAMBAR kereta Ferrari California.


LONDON – Seorang pelajar, Melanie Slade enggan menerima hadiah kereta Ferrari California berharga 140,000 (RM754,937) sempena hari lahirnya ke-21 tahun yang dihadiahkan oleh kekasihnya iaitu bintang kelab bola sepak Arsenal, Theo Walcott lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebaliknya mendakwa berasa lebih selesa dengan hadiah sebuah kereta Volkswagon Beetle bernilai 20,000 (RM107,809) berwarna putih yang telah dihadiahkan oleh Walcott semasa hari lahirnya yang ke-18 tahun dengan nombor plat peribadi.

Gadis itu akan menyambut hari lahirnya yang ke-21 pada bulan ini.
Melanie yang masih belajar kursus fisioterapi di Hospital George di sini menganggap kereta Ferarri itu terlalu ‘menjolok mata’ dan tidak sesuai untuk dipandu di kampusnya.
Dia dilaporkan memberitahu rakan-rakannya tentang harapannya supaya kekasihnya itu yang memperoleh pendapatan 60,000 (RM322,952) seminggu supaya tidak menunjuk-nunjuk kemewahan.
Seorang rakan memberitahu: “Melanie seolah-olah tidak percaya bahawa dia (Walcott) berbelanja terlalu banyak. Dia menganggap perbuatan itu membazirkan wang.”
Melanie berasa malu dengan rakan-rakan belajarnya kerana dia mengetahui harga kereta tersebut terlalu mahal manakala pelajar-pelajar lain bergelut untuk menyimpan wang bagi membeli makanan.

Saturday, November 6, 2010

roti canai dan keenakanya.

         hari ini aku akan membincangkan makanan yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan iaitu roti canai.memang boleh dikatakan semua orang mengenali roti canai.
       Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
     di kawasan machang sahaja sudah hampir 10 buah kedai roti canai aku telah mencubanya.mungkin dimachang sahaja terdapat berpuluh-puluh buah kedai roti canai dan banyak lagi belum aku jelajahi.setelah mencuba roti canai di beberapa buah kedai sekitar machang ini,aku mendapati bahawa roti canai pok sin boleh dikatakan sedap sekali.kedai pok sin ni terletak di kg pdg selising dan boleh dikatakan kedai roti canai yang paling laris.keenakan roti canai pok sin ini terletak pada kelembutan rotinya.kelembutan rotinya jika dipegang seolah-olah seperi tisu.tidak hairanlah  aku mampu menghabiskanya 3 butir sekali makan.ada yang mengatakan kedai roti canai pok na di kg bakat cukup sedap juga.tambahan pula dah 3 kali masuk dalam paper sinar harian.....tapi hari ni aku x boleh nak komen roti canai pok na kerana belum mencubanya.mungkin esok lusa aku akan mencubanya jika berkesempatan...
        setelah aku buat kaji selidik di kesemua kedai roti canai yang pernah aku kunjungi,aku mendapati roti canai yang paling tidak sedap ialah roti canai di restoran sri wangi.bukan apa,sebab sebiji pun aku x habis makan roti canai ni,,sebab rasanya macam lemper yg biasa aku buat dirumah..dari sudut luaran memang nampak sedap,bila nak dimakan begitu liat sepeti coklat getah dan rasanya macam lemper yang dibiarkan begitu lama..
                                               
                                                                
disini aku senaraikan 4 rangking kedai roti canai mengikut kesedapanya berdasarkan pengalaman aku yang telah mencuba di beberapa buah kedai sekitar machang.

1.roti canai pok sin
2.roti canai di kolam abu( dah lupa nama)
3.roti canai di pangkal meleret(dah x ingat nama kedai)
4.roti canai di hadapan kedai din

kesedapan roti canai mungkin berbeza mengikut individu.

Friday, November 5, 2010

perkara yang patut anda tahu tentang bluetooth.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bluetooth ?

Bluetooth merupakan teknologi pautan tanpa wayar ( wireless ). Ia menggunakan gelombang radio bagi membolehkan peranti - peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluas lagi kepada desktop dimana desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini telah di beri nama sebagai Personal Area Network atau PAN.


Dari manakah Bluetooth mendapat nama ?

Nama Bluetooth di ambil dari nama pemerintah Denmark pada kurun ke 10 Masehi, iaitu Raja Harald Blatand. Nama akhirnya iaitu Blatand, jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menjadi Bluetooth. Raja Harald menjadi terkenal kerana kejayaannya menyatukan dan Norway disamping sifatnya yang suka mengembara ke serata dunia. Sementara itu, Bluetooth pada ketika ini, menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit serta memberi kemudahan kepada para pengguna yang sentiasa bergerak dan tidak berada pada kedudukan setempat. Atas sebab - sebab cirinya menyamai sifat Raja Harald inilah maka nama teknologi ini telah diambil bersempena nama raja tersebut.


Bagaimana Bluetooth dibangunkan ?

Bluetooth telah dibangunkan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest mendapati bahawa terdapat lebih dari 900 juta pengguna yang menggunakan pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh lima tahun dan kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkonsian maklumat seperti nombor telefon, jadual, fail - fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Sekiranya pengguna masih mernggunakan sistem perkakasan yang konvensional seperti sedia ada ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket penyambung ) sudak tentu masa akan terbuang begitu saja dan bagi memburukkan keadaan beberapa transaksi penting tidak dapat dilakukan. Atas dasar inilah beberapa pembangun terkemuka dunia dalam bidang IT dan telekomunikasi bergabung tenaga dan kepakaran untuk mencari menyelesaian penggunaan tanpa wayar ini. Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian, satu kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang terdiri dari sembilan syarikat utama dalam bidang IT iaitu 3Com, Erisson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorolla, Nokia dan Toshiba. Disamping itu terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang berlandaskan teknologi Bluetooth.


Bagaimana Bluetooth berfungsi ?

Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio disekita 2.4 GHz . Ia membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712 Kb dan julat kawasan operasi ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Pada ketika ini, teknologi ini telah direka khusus untuk memenuhi perhubungan komunikasi antara peranti - peranti tanpa wayar. Komunikasi di antara peranti - peranti yang menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer - to - peer. Walaubagaimanapun, jika terdapat lebih dari 2 peranti yang berkomunikasi di dalam satu rangkaian yang kecil yang dikenali sebagai piconet, maka salah satu peranti tersebut akan bertindak sebagai master ( induk ) manakala yang lain menjadi slaves ( ahli ) dalam satu tempoh hubungan piconet. Ke semua peranti ini akan disinkronisasikan mengikut masa master ( induk ) dan turutan detik . Contoh penggunaan Bluetooth dalam satu piconet boleh didapati dalam satu bilik persidangan atau mesyuarat yang mengandungi beberapa laptop dan pada masa yang sama pengguna berkonsi satu pangkalan data. Dengan mensinkronisasikan masa, mana - mana pengguna boleh melihat sebarang perubahan pangkalan data tersebut menerusi laptop masing - masing. Mengikut spesifikasi Bluetooth, ia mampu menyokong sehingga 10 piconet dengan lapan peranti bagi satu piconet. Sungguhpun begitu, disebabkan adanya kekangan - kekangan pada perisian, hanya 2 piconet sahaja yang boleh disokong oleh teknologi Bluetooth pada satu - satu masa.


Bolehkah peranti Bluetooth dihubungkan ke LAN yang sedia ada ?

Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth, pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses kerangkaian LAN yang sedia ada. Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.


Apakah komponen utama Bluetooth ?

Bluetooth terdiri dari empat komponen utama iaitu satu unit radio, satu unit jalur asas, ruang perisian dan perisian aplikasi Unit radio merupakan pemancar yang membolehkan perhubungan antara peranti Bluetooth dilakukan. Unit jalur asas pula merupakan satu perkakasan yang terdiri dari ingatan flash dan cip pemproses yang berantaramuka dengan unit radio.


Apakah ciri - ciri keselamatan yang terdapat pada Bluetooth ?

Terdapat 3 ciri keselamatan dan ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama, tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri - ciri keselamatan ketika komunikasi dijalankan, kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang memberikan ciri - ciri fleksibel ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu sebelum komunikasi dilakukan.


Pada ketika ini, di manakah teknologi Bluetooth boleh didapati ?

Pada masa sekarang teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, permain muzik mudah alih dan juga industri robotik.


Apakah kebaikan dan kelemahan Bluetooth ?

Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekali gus menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain.
Keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan.

lawak bodoh lagi tolol nak mampos.

seorang guru bersoaljawab dengan murid dalam mata pelajaran sains.tiba-tiba murid bertanya soalan kepada guru.

murid:banyak-banyak burung, burung apa yang badannya dikaki, kepalanya dikaki,sayapnya dikaki, kakinya pun dikaki?
guru:mana ada burung yang macam tu.
murid:ada cikgu..burung kena pijak..

*********************************************************************************

Disekitar awal tahun 90-an,daerah Setiu digemparkan dengan berita yang mengatakan orang meninggal, hidup balik.Untuk mendapatkan kepastian tersebut,wartawan Ahmad Naem telah menemu bual seorang penduduk kampung yang tinggal di daerah tersebut.

Ahmad :Assalamualaikum pak cik...
Pak cik :Waalaikumussalam cu..
Ahmad :Saya Ahmad Naem dari Edisi Sia Sia,ingin menemuramah pakcik mengenai berita yang mengatakan orng meninggal hidup balik..
Pak cik :Ooo...memang benar sekali cu...setelah orang meninggal tersebut dikebumikan,maka orang yang hidup, balik ke rumah la....tak gitu.???
Ahmad :????????????

**********************************************************************************

BANGLA

Bangla dan rakannya sedang berbual

Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!Rakan : ?????

**********************************************************************************

TEH

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

********************************************************************************
penjual roti

Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak darimotor rotinya dan masuk ke dalamlongkang..Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan..Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya..dia terus merintih kesakitan.Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"Dengan suara yang perlahan dan dengan merintihkesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Bah merah di kelantan suatu masa dulu.

Hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan kerana turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar atau Bah Merah melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas.PEGAWAI British (dari kiri)Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjirbesar di Kota Bharupada 1927.Mengikut penduduk setempat nama Bah Merah diberikan berikutan banjir yang luar biasa ini airnya berwarna kemerah-merahan kerana lumpur daripada bahagian hulu negeri ini.Seorang warga emas, Yahya Hassan, 90, yang masih tidak dapat melupakan kejadian banjir besar pada 1926 menceritakan warna banjir bertukar daripada warna teh susu kepada merah kerana dipercayai ada bukit di bahagian hulu sungai runtuh dan mengakibatkan banjir lumpur.Beliau yang berasal dari Kampung Sireh, di sini, berkata, disebabkan hujan tanpa henti itu, kebanyakan tanaman penduduk kampung termasuk sireh turut musnah."Bayangkan di Bulatan Kijang (Jalan Hamzah), air naik hingga paras lutut. Tempat itu dikira agak tinggi daripada tebing sungai. Masa itu, kawasan Masjid Jamek Muhammadi juga air terlalu deras sehingga melepasi kepala manusia."Kelantan ini, kalau dikira hampir setiap tahun air naik tetapi tidaklah begitu teruk seperti pada 1927 dan 1967. Pada masa itu, pakcik masih ingat memotong empat tin minyak tanah dan disambungkan dengan paku untuk dijadikan perahu."Masa itu masih kanak-kanak, memang seronok menaiki perahu daripada tin itu mengelilingi kampung. Tidak takut pun dihanyutkan air deras," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Kubur Kuda, di sini, semalam.Bah Merah pada kedua-dua tahun itu turut merosakkan masjid tertua di Asia Tenggara, Masjid Kampung Laut yang mengakibatkan serambi serta beberapa bahagian masjid termasuk tiang dihanyutkan ke sungai.Ketika banjir besar itu, imam tua Masjid Pasir Pekan ketika itu, Allahyarham Wan Ahmad Wan Abdullah dikatakan terlihat mimbar masjid hampir dihanyutkan arus.Beliau dan beberapa orang lain berjaya menyelamatkannya dan mimbar itudibawa pulang ke Masjid Pasir Pekan, Tumpat dan digunakan hingga sekarang.Pesara Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ibrahim Affandi Ahmad, 77, tidak dapat melupakan kejadian Bah Merah pada 1967 kerana kehilangan dua rakan sekerja."Apabila air naik di Bukit Panau, Tanah Merah, kereta api tidak boleh beroperasi. Lima rakan sekerja, semuanya pemandu kereta api menaiki bot dari Kuala Krai untuk ke rumah masing-masing di kuarters Tumpat. "Setiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, bot itu terbalik akibat terlanggar tiang jambatan dan semua penumpangnya hanyut. "Dua dari lima rakan pakcik, Hassan Laut dan Muhamad Yatim meninggal dunia dan mayat mereka dijumpai keesokan harinya, masing-masing di Kampung Laut, Tumpat dan Kedai Buluh, Pantai Cahaya Bulan. Tiga lagi pandai berenang dan selamat," katanya yang ketika itu tinggal di kuaters kakitangan KTMB Tumpat.Bagi ratusan penghuni rumah rakit pula di sepanjang Sungai Kelantan, pengalaman menghadapi Bah Merah pada 1967 paling mencemaskan kerana berdepan dengan arus deras, ribut dan angin kencang. Surirumah, Mek Som Ali, 68, berkata dia masih ingat arwah ibunya, Wan Mah, hampir setiap masa mengingatkannya supaya tidak keluar dari rumah kerana khuatir dihanyutkan air deras."Makcik masih ingat, arwah ibu sering pesan, jangan keluar rumah nanti jatuh dan mati. Memanglah, ketika itu, arus sungai terlalu deras sehingga berombak-ombak seperti di tengah laut."Orang dulu lain, kita sudah siap sedia setiap kali musim tengkujuh, bekalan makanan seperti beras sudah disimpan awal-awal. Jadi, tiada masalah. "Bagi penghuni rumah rakit ini tiada masalah kerana rumah kami akan turut naik mengikut pergerakan air kerana diikat dengan buluh di bahagian bawah dan diikat dengan empat tali besar di pokok yang ada di tebing sungai," katanya, di sini.Mek Som berkata, jiran yang tinggal di tebing sungai, ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara mara kerana ketika itu tiada pusat pemindahan banjir seperti sekarang.Pada 2004, banjir besar turut melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter.Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan.Rentetan kejadian bah besar yang kerap melanda itu menyebabkan bencana banjir musim tengkujuh sering dikaitkan dengan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.

ketahui asal usul lap top..

Komputer riba Benq
Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi dalam bentuk beg bimbit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri.
Sebagai komputer peribadi, komputer riba memiliki fungsi yang sama dengan komputer meja meskipun dengan kemampuan yang lebih rendah. Komponen yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer riba kebanyakan menggunakan layar LCD (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, papan kekunci yang terdapat pada komputer riba juga dilengkapi dengan pad sentuh yang berfungsi sebagai penggerak kursor tetikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui soket USB.
Berlainan dengan komputer meja (PC), komputer riba memiliki komponen-komponen pendukung yang dicorakkan secara khusus. Komponen tersebut dicorakkan untuk menyesuaikan dengan mudah alih komputer riba sendiri. Sifat utama yang dimiliki oleh komponen komputer riba adalah ukuran yang kecil, jimat kegunaan tenaga dan cekap. Oleh itu harganya lebih mahal tergantung pada jenama dan spesifikasi penggunaan.

sejarah negeri kelantan

Rencana utama: Sejarah Kelantan
 
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.

Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.

Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

37 Tips dan info mudah cara menjaga laptop dari segi peralatan


Laptop
Tips mudah bagi penjagaan peralatan laptop. Kurungan [ info ] adalah maklumat yang saling berkaitan dengan tips penjagaan laptop anda. Disarankan anda turut membaca info yang diberikan.
[ INFO ] Peralatan Laptop / notebook :
1. Kebanyakkan laptop pada masa kini adalah mampu untuk digunakan dalam tempoh yang lama, lebih dari 24 jam bahkan 7 hari seminggu. Penggunaan lebih lama bermaksud akan mengurangkan jangka hayat laptop tersebut. Namun, bagi setiap laptop, 3 tahun adalah tempoh outdated yang bermaksud teknologi laptop tersebut telah terkebelakang dan tidak serasi dengan yang terkini yang menyukarkan proses upgrade peralatan.
2. Kebanyakkan notebook hanya boleh di upgrade dari segi kapasiti RAM dan hard disk. Upgrade bagi processor dan boards adalah tidak mustahil tetapi agak sukar.
3. Laptop seringkali mempunyai masalah habuk di dalam casing yang menyekat pengaliran udara dan boleh menyebabkan kepanasan kepada komponen2 seperti processor dan RAM. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan masalah stability dan komponent tidak tahan lama.
4. Setiap komponen hardware mempunyai spesifikasi yang perlu di turuti sekiranya anda berfikir untuk upgrade kepada komponent yang lebih baru (latest). Contohnya: DDR1 dan DDR2 adalah berbeza dari segi speed dan keperluan voltage, bahkan kaki sambungan juga sudah berbeza. Komponent hardware yang terkini tidak semestinya serasi atau disokong oleh spesifikasi peralatan yang sedia ada. Semak spesifikasi terlebih dahulu sebelum upgrade.
5. Komponen elektronik bahkan peralatan (hardware) komputer seperti processor, ram, graphic card, hard disk dan motherboards mempunyai jangka hayat (life-span) yang tertentu. Life-span kebiasaanya dikira dalam unit kegunaan per jam. Contoh: hard disk kebiasaannya mempunyai life-span dalam 100,000 H yang bermaksud ianya tahan sehingga 100 000 jam penggunaan (12 tahun).
6. Peralatan yang rosak, kebiasaannya terus ditukar ganti dengan yang baru. Namun, spesifikasi peralatan yang baru haruslah boleh diterima oleh spesifikasi peralatan yg lama. Masalah stability biasanya terjadi disebabkan kecuaian memilih peralatan yang tidak disokong oleh spesifikasi peralatan yang baru dan lama.
7. Bateri notebook adalah satu alat yang dipakai buang. Tempoh penggunaan (life-span) bagi bateri biasanya hanya bertahan dalam 30,000 H (usage) ~ berkadaran dalam 3 tahun sahaja. Bateri tersebut harus digantikan dengan bateri yang sama spesifikasi.
8. Pendrive / Removable drive / USB drive / biasanya cepat rosak jika disambungkan pada port USB anda yang hampir dengan kawasan pemasangan bateri / exhaust fan heat sink processor.
9. Penggunaan komponen wired (berwayar) berbanding wireless (tanpa-wayar) adalah lebih stabil dan laju dari segi penghantaran data. Sekiranya tidak perlu, elak menggunakan komponen wireless.
10. Musuh utama komponent komputer adalah haba. Elak dari kawasan yang panas dan tidak baik pengudaraannya. Habuk yang byk dan tersekat di dalam casing menyebabkan pemindahan haba ke ruang udara tidak efisyen menyebabkan komponen cepat panas.
11. Laptop boleh dimatikan dengan beberapa cara, antaranya dengan menekan butang power on / off selama beberapa saat (4 saat dan lebih). Namun, ianya tidak digalakkan. Jika laptop menjadi hang, guna button reset (jika ada). Jika perlu juga mematikan / shutdown, pastikan lampu indicator bagi hard disk tidak menyala sebelum mematikannya.
12. Antara bahagian bawah laptop yang sering menjadi panas adalah di bahagian terletaknya processor, heatsink, harddisk, ram dan bateri.

[ TIPS ] Penjagaan laptop / notebook:
1. Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman.
2. Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.
3. Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
4. Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
5. Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.
6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
7. Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.
8. Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.
9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.
10. Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.
11. Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian.
12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.
13. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.
14. Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.
15. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
16. Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.
17. Guna kesington key bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.
18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.
19. Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.
20. Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.
21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)
22. Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.
23. Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.
24. Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.
25. Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda.

blog yang ke empat.

setelah mengambil masa lebih kurang beberapa jam aku menghadap di depan komputer sampai kepala otak pun dah nak mereng,akhirnya blog ke 4 aku ni berjaya disiapkan sepenuhnya..yang jadi masalahnya,internet kat rumah aku slow nak mampus,smpai aku nak upload gmbr pun terpaksa tunggu lama sangat.rasanya aku makan nasi 2 pinggan bru siap upload gambar.sebab tu terpaksa ambil masa yang lama dari pukul 12 malam hngga lah pkul 4 pg....
          inilah blog ke 4 aku berjaya disiapkan...blog yang lain telah di******...aku pun x tahu sebabnya..sebenarnya blog2 sebelum ni adalah blog bisnes internet yg aku buat..ini pula blog untuk aku sendiri....blog ini telah dihiasi dengan lagu secara auto berbanding blog2 terdahulu..aku rasa inilah blog terbaik yg pernah aku buat....

Perpisahan sir teo soon ching.

sir teo sedang memberikan ucapan.

1/11/2010 sek men hamzah kehilangan seorang guru yang banyk berjasa kepada sek.kehilangan sir teo sukar di cari ganti .sir teo antara guru yang boleh dikatakan seorang yang rajin kerana beliau tidak akan duduk di kerusi sebaliknya akan berdiri semasa waktu pengajaran...memang jarang untuk bertemu dengan seorang guru sebegini.1 jam berdiri?memang hebatlah?....sir teo yang terlibat selama lebih 30 tahun dalam profesion keguruan  sepatutnya dihargai oleh kita semua.dalam tempoh 30 tahun ,beliau telah mencurahkan ilmu kepada anak bangsa tanpa rasa letih dan jemu.
                                        
                                        
pemberian cenderahati oleh al-fatihi kepada sir teo.
                                      
                                        pemberian cenderamata oleh en rusli kepada sir teo.

semoga kehidupan sir teo untuk hari-hari mendatang lebih ceria & bahagia.
                                       

kelantan vs kedah

menunggu dari pukul 9 pg di jamada spot semata-mata nk dptkan tiket prlawanan kedah vs kel,,maka aku tunggulah smpai pkul 3.30 ptg,tu pun 2 kali balik rumah,,tunggu mcm orang gila kat situ yg dikelilingi manusia yg aku sendiri pun x prnah nampak di mache ni.frust betul aku,tiket hnya ada 200 saje..memang nasib aku ari tu sbb x leh dptkn tiket..mampus gi r,,aku n mat anif  gi juga ke stadium tkut ada lagi sisa tiket yg dijual oleh ulat tiket,,
       bertolak dr rmah pkul 5.30 n smapi kul 6.30,,sejam saja masa di ambl dr mache ke kb,,bru smpai 10 mnit,time dok merayap2,ada mamat ni dlm umur 20 an tnya "nok beli tiket",mace tahu2 jah,.sekali tngok sivik gilo mamat ni rpanya ulat tiket,,kah,kah,kah,,x kusangka...  berjaya juga mendapatkan tiket dengan mamat nie.dio nak jual rm25,aku tawar-menawar,dapatlah rm20.jimat rm5 buleh wat beli air 5 gelas,

                                           suasana di perkarangan stadium.....



suasana dalam stadium sultan muhammad iv yang penuh sesak dengan manusia sampai aku nak bernyawa pun susah.dah la kena duduk kat bawah sekali.duduk pulak sebelah mamat mana lah yang dok hisap rokok,hbis baju aku bau rokok,dah la hisap rokok ok muroh sekali..

bila aku nk ambil gmbr,semua pkat tngk kat kamera aku,,,hihihi,termasuk kakak sorang ni,,
                                        
                                         



                                      
                                        


                                      

                                      

Thursday, November 4, 2010

Suci Dalam Debu: Jiwang Rock 80-90 an

Suci Dalam Debu: Jiwang Rock 80-90 an: " Spring - Bourgenvilla Di villa indah ini Pernah menjadi saksi Temasya yang gemilang Suasana meriah Terme..."

kata-kata hikmah

Kata-kata hikmah

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…


ape-ape aje:time aku menghendap2 di google search,ternampak plak kata2 hikmah ini,nampak macam bagus je,terus aku copy,,hehehe,sebab aku memang malas nak menaip..

layan sekejap

     Iklim
Suci Dalam Debu


Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua