Selamat Datang,Welcome,Ahlan Wahsallam

terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.



Monday, February 13, 2012

peringatan kepada semua orang islam

kepada orang islam,,jangan nak mengada-ngada sambut hari valentine nie,,..baik sambut hari jadi dari sambut hari valentine...ingat tuh,,,

tips menjaga dslr-body

Artikel kali ini menyentuh tentang cara penjagaan kamera, di mana saya bahagikan kpd beberapa sub-topik, dan dimulakan dgn body kamera terlebih dahulu.

DSLR ialah sebuah gadjet yg mahal. Even yg second hand pun berharga dlm lingkungan seribu ringgit. Jadi adalah sgt penting utk kita menjaga (dan membelai) kamera kita supaya dia taat setia pada kita, especially apabila kita perlukan dia sgt-sgt (contoh masa nak shoot wedding).Lagipun, benda dah mahal, gaji 2 bulan habis mcm tu je utk beli kamera, takkan taknak jaga elok-elok kan? Smile

Ok, berikut adalah tips utk menjaga body kamera:


1) LCD screen protector

Sepertimana anda memasang LCD protector pd skrin handphone, pastikan anda membeli LCD protector yg bagus utk melindungi LCD kamera drpd tercalar.

Biasanya jenama Nikon menggunakan protector jenis clip, berbanding jenama lain yg kebanyakkannya menggunakan sticker.Yg lain biasanya menggunakan protector jenis sticker (pelekat) yg lutsinar dan dilekatkan pd LCD kamera tersebut.Terdapat juga alternatif lain yg juga dikatakan terbaik, iaitu lcd protector jenis kaca (glass-type).
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis LCD protector. Yg murah sebenarnya sudah mencukupi tapi lama-kelamaan calar yg ada akan kelihatan 'timbul' dan ini menyukarkan kita utk melihat imej yg tersimpan di dlm kamera dgn lebih jelas.
Jika anda tidak menggunakan kamera anda utk suatu jangka masa yg lama dan anda tidak memasang lens pd nya, amalkan utk memasang cap pd bahagian tempat lens terpasang.ini dpt mengurangkan risiko body atau viewfinder dimasuki habuk yg mana melecehkan kita utk membersihkan sensor di kemudian hari.


2) Menukar Lens

Tahukah anda setiap kali anda menukar lens, anda mendedahkan body kamera anda pd risiko dimasuki habuk (atau serangga)?


Kebanyakan pengguna DSLR mempunyai lebih drpd 1 lens, seperti kitlens 18-55 dan 50mm F1.8. Jadi penukaran lens itu 1 proses yg sememangnya akan berlaku dan tidak dpt dielakkan.

Di sini saya kongsikan sedikit tips utk mengurangkan risiko tersebut semasa proses penukaran lens:
1. Kurangkan penukaran jika boleh
2. Tukar lens sebelum keluar (contoh - ke pantai)
3. Elakkan penukaran di tmpt yg berhabuk (contoh - pantai, tepi jalan)
4. Switch-off kamera anda
5. Halakan kamera ke bwh seperti ingin mengambil gambar kaki semasa menukar lens
6. Pastikan anda membelakangi angin semasa menukar lens
7. Tukar dgn pantas, jgn tangguh atau berlengah-lengah
5. http://www.youtube.com/watch?v=Fo4td_xMo...re=related

Oh, 1 lagi, semasa menukar lens, pastikan anda menukarnya dgn cermat, bkn dgn gopoh atau tergesa-gesa, ditakuti ini akan merosakkan 'lens mount' pd body camera anda.


3) Kondensasi Kelembaban

Ingat lagi tak masa sekolah rendah, kita belajar proses pengewapan, penyejatan, pembekuan bla bla semua tu? Ingat lagi tak psl kondensasi?

Ok, ceritanya mcm ni.

Berjaga-jaga jika anda membawa DSLR anda drpd tmpt sejuk ke tmpt yg panas secara mengejut kerana ini mungkin boleh menyebabkan kelembaban itu terkondensasi di luar serta di dlm body camera.
Biasanya berlaku jika anda dari dlm kereta yg sejuk aircond nya, tiba-tiba anda terus keluar ke tmpt panas.

Jika masih tak dpt bayangkn situasi ini, mudah sahaja. Ambil air tin dari dlm peti sejuk kemudian biarkannya sebentar di luar, anda akan dapati ada titis-titis air di luar tin itu.
Bayangkan itu terjadi pada kamera anda. Hoyoyo!

Apa akan jadi? Ini boleh merosakkan kamera serta merangsang penumbuhan fungus kerana terdapat kwsn lembab di dlm nya.

Utk mengelakkan situasi sebegini berlaku, ini perkara yg boleh dilakukan SEBELUM membawa kamera keluar ke tmpt panas:
1. Ikat kamera anda dlm beg plastik atau ziplock bag (rujuk foto di bwh) dan benarkannya utk 'sesuaikan diri' di tmpt baru
2. Biarkan sahaja kamera dan lens di dlm beg dan biarkan mereka 'sesuaikan diri' secara sendirian berhad, perlahan-lahan
3. Gunakan tuala dan balut kamera
Key point - apa yg kita mahu ialah supaya kamera kita tidak 'terkejut', kita biarkannya perlahan-lahan utk sesuaikan diri di tmpt yg bersuhu baru.
ziplock bag (abaikan tomato tu)
Jika anda pengguna Sony Alpha, terdapat arahan di dlm manual yg mengatakan anda mungkin perlu menyesuaikan kamera itu sehingga berjam-jam, bergantung pd perbezaan suhu.

Jika sekiranya kondensasi sudah berlaku, kemungkinan besar anda tidak dpt mengambil gambar dgn baik kerana wap yg berada di dlm kamera/lens sudah mengganggu imej anda.
Switch off kamera itu dan biarkannya wap tersebut menyejat, kemudian boleh guna semula seperti biasa.


4) Lasak?

Ok, body DSLR memang besar, berat dan nmpk menakutkan bg sesetengah org (oh yes, ada baby pernah menangis masa saya nak shoot gambar dia guna DSLR), tp saya ingin pesan 1 benda:
Don't simply assume yg DSLR anda miliki itu lasak
Dlm ertikata lain, tau la benda tu nmpk tough, tapi jaga la elok-elok.
Minimize wear & tear selagi boleh.

Jgn la selamber simbah air kat DSLR tu, mungkin body ok, tapi buatnya lens basah, masuk air, kan dah kasi free-ride utk fungus tumbuh.

Bila tgh outing tu, masa tak pakai, simpan la kejap dlm beg, takut berlanggar-langgar dgn ranting ke ape ke, calar, sia-sia je kan.


5) Maintenance

Pernah dengar shutter count? Biasa bila org nak jual DSLR 2nd hand, akan ada maklumat mengenai shutter count less than 10k la, ape la.

Jika kereta ada mileage (sejauh mana sudah kereta itu berjalan), kamera pula ada shutter count, iaitu kiraan berapa shutter yg sudah anda tekan.

Apa jadi bila kereta sudah bergerak sejauh 5000km? Biasanya kereta itu akan dihantar ke pusat servis utk diservis, tukar minyak hitam, check timing belt etc etc.

Utk DSLR pula, setiap body ada limit shutter masing-masing, bergantung pd model.
Ada yg boleh menjangkau 100,000, 150,000 shutter count.
Ada yg pro level seperti D3, 1D boleh pergi sejauh 250,000 - 300,000 shutter count.

Anda boleh google sendiri berapa agaknya limit shutter anda, kerana ia berlainan utk setiap jenama dan model.

Ok, apa jadi bila kamera anda sudah menghampiri angka shutter maksimum?
Shutter itu akan mula slow, seperti anda set 1/1000s, tapi dengar shutter tu buka/tutup lama mcm 1s.
Worst case, ada yg jammed terus, tak boleh tgkp gambar sudah.

Jgn risau. Jika berlaku kes sebegini, hanya shutter shj yg rosak, bukan kamera.
So, hantarlah kamera anda ke pusat servis utk proses penukaran shutter.

Bayarannya mungkin dlm RM300-RM500, bergantung pd jenama/model serta lain-lain keperluan. Jika kamera anda masih di bwh warranty, penukaran shutter ialah percuma.

Shutter anda akan ditukar kpd unit yg baru, yg mana selepas proses itu siap, anda ada kamera yg mungkin masih nmpk lama, tapi dgn shutter baru (shutter count = 0)

Selain itu, apabila anda menghantarnya ke pusat servis, minta juga mereka utk melakukan proses pembersihan sensor dan viewfinder. Unless jika anda pandai utk buat sendiri, tak perlulah hantar ke sana.

aku ambil artikel ni dari internet.malas aku nak taip sendiri,,buat letih je,,baik aku online fb..sekadar untuk berkongsi bersama sahaja