Selamat Datang,Welcome,Ahlan Wahsallam

terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.



Friday, November 5, 2010

perkara yang patut anda tahu tentang bluetooth.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bluetooth ?

Bluetooth merupakan teknologi pautan tanpa wayar ( wireless ). Ia menggunakan gelombang radio bagi membolehkan peranti - peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluas lagi kepada desktop dimana desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini telah di beri nama sebagai Personal Area Network atau PAN.


Dari manakah Bluetooth mendapat nama ?

Nama Bluetooth di ambil dari nama pemerintah Denmark pada kurun ke 10 Masehi, iaitu Raja Harald Blatand. Nama akhirnya iaitu Blatand, jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menjadi Bluetooth. Raja Harald menjadi terkenal kerana kejayaannya menyatukan dan Norway disamping sifatnya yang suka mengembara ke serata dunia. Sementara itu, Bluetooth pada ketika ini, menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit serta memberi kemudahan kepada para pengguna yang sentiasa bergerak dan tidak berada pada kedudukan setempat. Atas sebab - sebab cirinya menyamai sifat Raja Harald inilah maka nama teknologi ini telah diambil bersempena nama raja tersebut.


Bagaimana Bluetooth dibangunkan ?

Bluetooth telah dibangunkan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest mendapati bahawa terdapat lebih dari 900 juta pengguna yang menggunakan pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh lima tahun dan kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkonsian maklumat seperti nombor telefon, jadual, fail - fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Sekiranya pengguna masih mernggunakan sistem perkakasan yang konvensional seperti sedia ada ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket penyambung ) sudak tentu masa akan terbuang begitu saja dan bagi memburukkan keadaan beberapa transaksi penting tidak dapat dilakukan. Atas dasar inilah beberapa pembangun terkemuka dunia dalam bidang IT dan telekomunikasi bergabung tenaga dan kepakaran untuk mencari menyelesaian penggunaan tanpa wayar ini. Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian, satu kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang terdiri dari sembilan syarikat utama dalam bidang IT iaitu 3Com, Erisson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorolla, Nokia dan Toshiba. Disamping itu terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang berlandaskan teknologi Bluetooth.


Bagaimana Bluetooth berfungsi ?

Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio disekita 2.4 GHz . Ia membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712 Kb dan julat kawasan operasi ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Pada ketika ini, teknologi ini telah direka khusus untuk memenuhi perhubungan komunikasi antara peranti - peranti tanpa wayar. Komunikasi di antara peranti - peranti yang menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer - to - peer. Walaubagaimanapun, jika terdapat lebih dari 2 peranti yang berkomunikasi di dalam satu rangkaian yang kecil yang dikenali sebagai piconet, maka salah satu peranti tersebut akan bertindak sebagai master ( induk ) manakala yang lain menjadi slaves ( ahli ) dalam satu tempoh hubungan piconet. Ke semua peranti ini akan disinkronisasikan mengikut masa master ( induk ) dan turutan detik . Contoh penggunaan Bluetooth dalam satu piconet boleh didapati dalam satu bilik persidangan atau mesyuarat yang mengandungi beberapa laptop dan pada masa yang sama pengguna berkonsi satu pangkalan data. Dengan mensinkronisasikan masa, mana - mana pengguna boleh melihat sebarang perubahan pangkalan data tersebut menerusi laptop masing - masing. Mengikut spesifikasi Bluetooth, ia mampu menyokong sehingga 10 piconet dengan lapan peranti bagi satu piconet. Sungguhpun begitu, disebabkan adanya kekangan - kekangan pada perisian, hanya 2 piconet sahaja yang boleh disokong oleh teknologi Bluetooth pada satu - satu masa.


Bolehkah peranti Bluetooth dihubungkan ke LAN yang sedia ada ?

Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth, pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses kerangkaian LAN yang sedia ada. Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.


Apakah komponen utama Bluetooth ?

Bluetooth terdiri dari empat komponen utama iaitu satu unit radio, satu unit jalur asas, ruang perisian dan perisian aplikasi Unit radio merupakan pemancar yang membolehkan perhubungan antara peranti Bluetooth dilakukan. Unit jalur asas pula merupakan satu perkakasan yang terdiri dari ingatan flash dan cip pemproses yang berantaramuka dengan unit radio.


Apakah ciri - ciri keselamatan yang terdapat pada Bluetooth ?

Terdapat 3 ciri keselamatan dan ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama, tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri - ciri keselamatan ketika komunikasi dijalankan, kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang memberikan ciri - ciri fleksibel ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu sebelum komunikasi dilakukan.


Pada ketika ini, di manakah teknologi Bluetooth boleh didapati ?

Pada masa sekarang teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, permain muzik mudah alih dan juga industri robotik.


Apakah kebaikan dan kelemahan Bluetooth ?

Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekali gus menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain.
Keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan.

No comments: