Selamat Datang,Welcome,Ahlan Wahsallam

terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.



Sunday, November 7, 2010

perkara yang patut anda tahu??

Kekasih tolak hadiah Ferrari RM754,937





GAMBAR kereta Ferrari California.


LONDON – Seorang pelajar, Melanie Slade enggan menerima hadiah kereta Ferrari California berharga 140,000 (RM754,937) sempena hari lahirnya ke-21 tahun yang dihadiahkan oleh kekasihnya iaitu bintang kelab bola sepak Arsenal, Theo Walcott lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sebaliknya mendakwa berasa lebih selesa dengan hadiah sebuah kereta Volkswagon Beetle bernilai 20,000 (RM107,809) berwarna putih yang telah dihadiahkan oleh Walcott semasa hari lahirnya yang ke-18 tahun dengan nombor plat peribadi.

Gadis itu akan menyambut hari lahirnya yang ke-21 pada bulan ini.
Melanie yang masih belajar kursus fisioterapi di Hospital George di sini menganggap kereta Ferarri itu terlalu ‘menjolok mata’ dan tidak sesuai untuk dipandu di kampusnya.
Dia dilaporkan memberitahu rakan-rakannya tentang harapannya supaya kekasihnya itu yang memperoleh pendapatan 60,000 (RM322,952) seminggu supaya tidak menunjuk-nunjuk kemewahan.
Seorang rakan memberitahu: “Melanie seolah-olah tidak percaya bahawa dia (Walcott) berbelanja terlalu banyak. Dia menganggap perbuatan itu membazirkan wang.”
Melanie berasa malu dengan rakan-rakan belajarnya kerana dia mengetahui harga kereta tersebut terlalu mahal manakala pelajar-pelajar lain bergelut untuk menyimpan wang bagi membeli makanan.

No comments: