Selamat Datang,Welcome,Ahlan Wahsallam

terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.



Saturday, November 6, 2010

roti canai dan keenakanya.

         hari ini aku akan membincangkan makanan yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan iaitu roti canai.memang boleh dikatakan semua orang mengenali roti canai.
       Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
     di kawasan machang sahaja sudah hampir 10 buah kedai roti canai aku telah mencubanya.mungkin dimachang sahaja terdapat berpuluh-puluh buah kedai roti canai dan banyak lagi belum aku jelajahi.setelah mencuba roti canai di beberapa buah kedai sekitar machang ini,aku mendapati bahawa roti canai pok sin boleh dikatakan sedap sekali.kedai pok sin ni terletak di kg pdg selising dan boleh dikatakan kedai roti canai yang paling laris.keenakan roti canai pok sin ini terletak pada kelembutan rotinya.kelembutan rotinya jika dipegang seolah-olah seperi tisu.tidak hairanlah  aku mampu menghabiskanya 3 butir sekali makan.ada yang mengatakan kedai roti canai pok na di kg bakat cukup sedap juga.tambahan pula dah 3 kali masuk dalam paper sinar harian.....tapi hari ni aku x boleh nak komen roti canai pok na kerana belum mencubanya.mungkin esok lusa aku akan mencubanya jika berkesempatan...
        setelah aku buat kaji selidik di kesemua kedai roti canai yang pernah aku kunjungi,aku mendapati roti canai yang paling tidak sedap ialah roti canai di restoran sri wangi.bukan apa,sebab sebiji pun aku x habis makan roti canai ni,,sebab rasanya macam lemper yg biasa aku buat dirumah..dari sudut luaran memang nampak sedap,bila nak dimakan begitu liat sepeti coklat getah dan rasanya macam lemper yang dibiarkan begitu lama..
                                               
                                                                
disini aku senaraikan 4 rangking kedai roti canai mengikut kesedapanya berdasarkan pengalaman aku yang telah mencuba di beberapa buah kedai sekitar machang.

1.roti canai pok sin
2.roti canai di kolam abu( dah lupa nama)
3.roti canai di pangkal meleret(dah x ingat nama kedai)
4.roti canai di hadapan kedai din

kesedapan roti canai mungkin berbeza mengikut individu.

No comments: